Legend Club
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Legend Club

Legend Forum
 
HomePortalSearchLatest imagesRegisterLog in

 

 isu myKad dapat myvi-PENDAPAT ANDA

Go down 
2 posters
AuthorMessage
babyAdeline[Legend]
Moderator
Moderator
babyAdeline[Legend]


Female
Number of posts : 1135
Age : 38
Localisation : BANDAR BARU SENTUL
Registration date : 2006-10-10

isu myKad dapat myvi-PENDAPAT ANDA Empty
PostSubject: isu myKad dapat myvi-PENDAPAT ANDA   isu myKad dapat myvi-PENDAPAT ANDA Icon_minitimeSat Feb 17, 2007 3:32 am

assalammualaikum,

khas utk bacaan .. nie arr isu myvi

saya tak amik article penuh.. tapi kOrang baca je la temuramah wartawan ngan radzi nieh..

tapi kan.. peraduan dah abis baru nak batal...heheheheh....pandai2...
kalau penganjur peraduan lain..nak batalkan peraduan masing2 lepas ni tak ader laa masalah yer......
buat peraduan..tawarkan hadiah kaw2...kepas tu, dah kaut untung semua ...kita batalkan peraduan..hehehe... bOleh buat business nih.... sib baik aku tak tau pun akan kewujudan peraduan nie pasal aku dah wat mykad awal thn 2004 lagi.. apa2 pun janji tetap janji walaupun dulu yang menjanjikan suma ni adalah laki kepada si nOrmala samsudin tuh.. Ok, here gOes:

WARTAWAN: Datuk Seri, mengenai buat MyKad dapat Myvi, apa perkembangan sekarang?

RADZI: Mana Myvi tu? Dah tinggal tiga roda saja ke (bergurau)...lupakan pasal MyVilah.

WARTAWAN: Tapi cabutan pun belum selesai lagi?

RADZI: Apa hadiah selain daripada Myvi?

(Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara, Datuk Mohd Abdul Halim Muhammad memberitahu ada 88 hadiah sampingan seperti komputer dan televisyen).

WARTAWAN: Adakah berpunca daripada masalah bajet?

RADZI: Bukan masalah bajet.

WARTAWAN: Adakah hadiah itu ditaja?

RADZI: Ya ditaja, bukan masalah bajet. Kita derma (hadiah) kat rumah anak yatim lagi baik.

WARTAWAN: Bukankah itu dah dijanjikan?

RADZI: Saya tak setuju. Saya katakan, itu tanggungjawab rakyat untuk tukar MyKad.

WARTAWAN: Nanti orang nampak macam tipu?

RADZI: Siapa tipu siapa?

WARTAWAN: Tapi mereka (pemilik MyKad) dijanjikan Myvi?

RADZI: ‘Come on’, siapa yang berjanji?

WARTAWAN: Menteri yang umumkan?

RADZI: Itu menteri lama. Sekarang saya kata ‘come on’, takkan kerana Myvi nak tukar MyKad kena bagi upah pula. Kita tak tinggal dalam dunia seperti ini, ubah mentaliti seperti itu. Itu tanggungjawab rakyat tukar MyKad, takkan nak kena upah, semua benda kena upah, cabutan bertuah sana sini untuk menggalakkan rakyat Malaysia (tukar MyKad). Seolah-olah kita dikenali di seluruh dunia, kalau tak bagi upah mereka tak akan buat apa-apa. Mesti kena ada cabutan bertuah baru mereka datang...itu ‘rubbish’ (sampah). Kita patut bagi tahu dunia, Malaysia ada kad yang bagus. Kita tukar kad, promote (promosi) kad ini yang cukup istimewa dan antara yang terbaik di dunia.

Jangan harapkan kerajaan nak bagi Myvi, bukan nak bagi Mercedes, Rolls Royce. Myvi? ‘Come on’.

WARTAWAN: Tapi kalau bagi orang bawah (rakyat), Myvi mungkin satu galakan?

RADZI: Itu saya cuba katakan. Kita ada 20 juta untuk cabut dapat Myvi, ternganga-nganga nak cabut nak dapat Myvi. Dua puluh juta berharap nak dapat Myvi, ‘come on’.

WARTAWAN: Boleh petik Datuk mengesahkan kementerian menarik balik hadiah itu?

RADZI: Ya.

WARTAWAN: Apa akan jadi dengan hadiah tu?

RADZI: Derma rumah anak yatim lah.

WARTAWAN: Maksud Datuk Seri, semua baki hadiah?

RADZI: Ya. Kita jual dan bagi rumah anak yatim, lagi manfaat. Siapa yang tak menang, dia kata alhamdulillah je.

WARTAWAN: Ada rumah anak yatim tertentu ke?

RADZI: Tidak, ada banyak rumah anak yatim. Saya kecewa dengan cabutan bertuah ni. Takkan orang Malaysia tak boleh dengan senang hati buat kad, buat jasa kepada negara. Ini kad nasional, satu hari akan jadi kad kerakyatan, saya mahu jadi begitu.

WARTAWAN: Pada peringkat awal nak menggalakkan MyKad, apa perancangan kementerian?

RADZI: Suatu yang kurang bijak tawarkan benda seperti itu kepada rakyat Malaysia untuk tukar MyKad. Itu tanggungjawab mereka.

WARTAWAN: Adakah promosi itu diluluskan Kabinet?

RADZI: (Senyap sekejap). Tak payahlah benda lekeh macam ini.

WARTAWAN: Tapi orang ramai mengadu?

RADZI: Sebab kamu semua bangkitkannya. Kalau tak, benda ini dah dilupakan. Hanya kerana kereta kecil jadi isu besar, nasional...nak cabut bertuah, walhal MyKad kad paling penting.

WARTAWAN: Nanti dilabel penipu?

RADZI: ‘Come on’, ini bukan tipu. Saya minta orang ramai lupakan (hadiah), biar jadi bertanggungjawab. Nak cabutan bertuah...lupakan. Kita dah masuk 2007, ekonomi bagus, biar jadi tanggungjawab pergi tukar dengan perasaan ikhlas bukan sebab cabutan bertuah.

WARTAWAN: Mengapa terlalu lama diberi masa untuk memperbaharui MyKad?

RADZI: Masih ada 500,000 yang belum buat MyKad kebanyakannya di pusat serenti, pusat mental, orang sakit, orang tua. Kita ada unit bergerak, kita pergi pusat serenti, rumah orang tua, penjara...ini semua kita buat. Kita dah kurangkan jumlahnya. Tahun ini kita akan promosikan MyKad sebagai kad paling cantik (istimewa) di dunia, tolong gunakannya. Kita akan beritahu bank, hospital untuk gunakannya. Orang tak payah bawa duit, beli petrol guna MyKad.

Ini boleh dilakukan kerana cip ada dalam kad. Sekarang orang bawa MyKad sebagai IC (kad pengenalan), walhal ia bukan fungsi sepenuhnya. Ini kad pintar dan dia ada kebijaksanaan. Kita kena maksimumkan sepenuhnya cip dan kad itu.

WARTAWAN: Tetapi masih ramai yang tak yakin (penggunaan MyKad secara menyeluruh)?

RADZI: Tahun ini kita promosikan, beritahu mereka (rakyat) ia selamat. Katakan kita buka ATM MyKad apa nak dibimbangkan, nak ambil duit nombor pin ada, apa yang tak selamatnya?

(Tanggapan tak selamat) sebab kita tak promosi lagi. Seperti kad ATM kamu, kalau hilang tak semestinya duit kena curi melainkan pencuri tahu nombor pin, sama juga dengan MyKad.


Bukan rakyat minta, janji mesti ditepati

KUALA LUMPUR: “Pada saya perkara ini sangat memalukan. Kementerian mesti menunaikan janji yang sudah dibuat seperti disarankan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi,” kata Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), N Marimuthu.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad yang mengumumkan keputusan menarik balik tawaran hadiah lumayan termasuk Perodua Myvi untuk cabutan bertuah kempen ‘Jom Tukar dan Menang MyKad’ yang dibuat lebih setahun lalu.

Radzi sebaliknya menyifatkan tawaran itu tidak sepatutnya dibuat dan dianggap ‘karut’ kerana rakyat dikatakan perlu tahu tanggungjawab mereka untuk menukar kad pengenalan pintar itu.

Marimuthu berkata, kerajaan perlu menunaikan janjinya kerana ia membabitkan kredibiliti dan tidak sepatutnya menarik balik tawaran yang sudah dibuat.

“Bukan rakyat yang minta, pegawai kerajaan yang buka mulut dan buat tawaran itu. Sekarang mahu tarik balik pula. Ini membabitkan kredibiliti menteri itu sendiri. Kalau menteri yang dulu pernah buat tawaran, menteri baru pula mestilah menunaikannya,” katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau berkata, Radzi tidak seharusnya menganggap rakyat hanya bertanggungjawab jika ada tawaran hadiah mewah dibuat.

“Jangan salahkan rakyat pula. Janji tetap janji dan ia perlu ditunaikan. Kalau tidak tunai janji, bagaimana rakyat mahu percaya lagi pada masa depan,” katanya.

Kempen ‘Jom Tukar dan Menang MyKad’ yang dilancarkan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri ketika itu, Datuk Seri Azmi Khalid, menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM350,000 membabitkan 80 pemenang setiap bulan.

Namun, kempen yang dilaksanakan selama tiga bulan mulai 1 September 2005 bagi menggalakkan rakyat negara ini memiliki MyKad, cabutan menentukan pemenang hadiah utamanya masih belum dibuat sedangkan ia sepatutnya ditentukan pada bulan terakhir kempen itu.

p/s - prOlly the real issue here;
e gOvernment will try 'anything' what sO ever
tO buy the interest Of e peOple tO get what
it wants - almOst like cOnflict Of interest
because mykad is cOmpulsOry yet 'bribing' peOple just like
anything else in this wOrld is almOst a surely way tO get
em mOre interested tO get it ..

hOwever, at the end Of e day the plan backfired..
i reckOn sO.. hehehe..
Back to top Go down
http://mrsme69.fotopages.com
azira_31 (legend)
Super Legend
Super Legend
azira_31 (legend)


Female
Number of posts : 1502
Age : 38
Localisation : Damansara
Registration date : 2006-11-24

isu myKad dapat myvi-PENDAPAT ANDA Empty
PostSubject: Re: isu myKad dapat myvi-PENDAPAT ANDA   isu myKad dapat myvi-PENDAPAT ANDA Icon_minitimeWed Feb 21, 2007 3:21 am

uuikkkkkkkkkkks mak aik
smpai lusa tulat pon xabes2 ni..
Smile
Back to top Go down
babyAdeline[Legend]
Moderator
Moderator
babyAdeline[Legend]


Female
Number of posts : 1135
Age : 38
Localisation : BANDAR BARU SENTUL
Registration date : 2006-10-10

isu myKad dapat myvi-PENDAPAT ANDA Empty
PostSubject: Re: isu myKad dapat myvi-PENDAPAT ANDA   isu myKad dapat myvi-PENDAPAT ANDA Icon_minitimeWed Feb 21, 2007 4:35 am

nape ?
Back to top Go down
http://mrsme69.fotopages.com
azira_31 (legend)
Super Legend
Super Legend
azira_31 (legend)


Female
Number of posts : 1502
Age : 38
Localisation : Damansara
Registration date : 2006-11-24

isu myKad dapat myvi-PENDAPAT ANDA Empty
PostSubject: Re: isu myKad dapat myvi-PENDAPAT ANDA   isu myKad dapat myvi-PENDAPAT ANDA Icon_minitimeFri Feb 23, 2007 4:45 am

panjang..
pnat skit leher i tau..
Smile
Back to top Go down
Sponsored content





isu myKad dapat myvi-PENDAPAT ANDA Empty
PostSubject: Re: isu myKad dapat myvi-PENDAPAT ANDA   isu myKad dapat myvi-PENDAPAT ANDA Icon_minitime

Back to top Go down
 
isu myKad dapat myvi-PENDAPAT ANDA
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Isu tandas di kedai mamak -PENDAPAT ANDA?
» atie nie patut dapat anugerah..
» miliki MYVI dgn hanya D/payment RM299
» Kenali diri Anda??
» Pernah ker anda terfikir???

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Legend Club :: Trash-
Jump to: