Legend Club
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Legend Club

Legend Forum
 
HomePortalSearchLatest imagesRegisterLog in

 

 JAWATAN KOSONG DI DBKL

Go down 
3 posters
AuthorMessage
babyAdeline[Legend]
Moderator
Moderator
babyAdeline[Legend]


Female
Number of posts : 1135
Age : 38
Localisation : BANDAR BARU SENTUL
Registration date : 2006-10-10

JAWATAN KOSONG DI DBKL Empty
PostSubject: JAWATAN KOSONG DI DBKL   JAWATAN KOSONG DI DBKL Icon_minitimeWed Dec 20, 2006 5:59 pm

DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR
Permohonan adalah dipelawa daripada WARGANEGARA MALAYSIA yang
berkelayakan bagi memohon jawatan berikut:


A.
1. Jawatan : PENOLONG PEGAWAI TADBIR
Kumpulan : SOKONGAN
Perkhidmatan
Klasifikasi : PERKHIDMATAN PENTADBIRAN DAN SOKONGAN
Taraf Jawatan : KONTRAK
Jadual Gaji : GRED N27 :
P1T1 RM963.64 – P1T26 RM2421.69


I. Syarat Lantikan:
(a) (i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh kerajaan; atau

(ii) diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan
daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan
yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred N27 : P1T5); atau

(iii) diploma dalam bidang pengurusan harta benda yang diiktiraf oleh
kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred N27 : P1T6); dan

(b) kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan)
pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan.

(Keutamaan calon-calon yang mempunyai diploma dalam bidang
pemasaran, insurans pelaburan dan statistik)

2. Jawatan : PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI)
Kumpulan : SOKONGAN
Perkhidmatan
Klasifikasi : PERKHIDMATAN PENTADBIRAN DAN SOKONGAN
Taraf Jawatan : KONTRAK
Jadual Gaji : GRED N17 :
P1T1 RM656.30 – P1T24 RM1721.10


I. Syarat Lantikan:
(a) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
oleh kerajaan.

(ii) Sijil Perancang Bandar dan Wilayah daripada UiTM yang diiktiraf oleh
kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred N17 : P1T6); atau

(iii) Sijil Institut Pertanian atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
oleh kerajaan.

(Gaji permulaan ialah pada Gred N17 : P1T8); atau

(iv) sijil dalam bidang kejuruteraan ukur tanah atau perancang bandar dan
wilayah yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik
tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred N17 : P1T9); dan

(b) kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan.

(Keutamaan diberi kepada calon-calon yang mempunyai lesen memandu
B2/D).


3. Jawatan : PEKERJA RENDAH AWAM
Kumpulan : SOKONGAN
Perkhidmatan
Klasifikasi : PERKHIDMATAN MAHIR/SEPARUH MAHIR
DAN TIDAK MAHIR
Taraf Jawatan : KONTRAK
Jadual Gaji : GRED R1 :
P1T1 RM479.64 – P1T14 RM872.89


I. Syarat Lantikan:
(a) Tamat Darjah 6 sekolah rendah bantuan penuh kerajaan dan
berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia
dengan baik.

(Gaji permulaan ialah pada Gred R1: P1T3)
Diskripsi Tugas :

1. Membersihkan longkang dan parit.
2. Menyapu jalan, taman-taman dan mencuci bangunan.
3. Membersihkan tanah perkuburan.
4. Fogging/sembur minyak/tangkap nyamuk/tangkap anjing/tangkap tikus.
5. Menurap jalan.
6. Potong pokok/mencantas pokok.
7. Kerja-kerja di bengkel.
(Calon-calon yang telah memohon pada tahun 2006 tidak perlu mohon lagi).

B. UMUR (PADA TARIKH TUTUP IKLAN):
Calon-calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh
tutup iklan jawatan.

C. CARA MEMOHON
(i) Permohonan jawatan kosong ini hendaklah menggunakan Borang
DBKL(P)-J/1 yang boleh dimuat turun (download) dari portal intranet sahaja
dengan melayari http://intranet.dbkl.gov.my.

(ii) Borang permohonan yang telah lengkap diisi mestilah disertakan dengan
salinan Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, Diploma dan Transkrip
Akademik, Sijil-Sijil yang berkaitan, Sijil-Sijil Persekolahan yang telah
disahkan dan sekeping gambar terbaru berukuran pasport serta
sekeping setem 20 sen untuk kad jawapan terima permohonan.


(iii) Pegawai yang sedang berkhidmat dalam Kerajaan, Badan Berkanun atau
Kuasa-Kuasa Tempatan hendaklah menghantar permohonan melalui Ketua
Jabatan masing-masing dengan menyertakan salinan Laporan Penilaian
Prestasi dan Ke nyataan Perkhidmatan yang dikemaskini mengikut Perintah
Am Bab ‘A’ Perenggan 21.

D. ALAMAT PERMOHONAN DAN TARIKH TUTUP:
Permohonan hendaklah sampai kepada:-
PENGARAH
JABATAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
(BAHAGIAN PERJAWATAN DAN PENGAMBILAN)
DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR
TINGKAT 23, BANGUNAN DBKL
JALAN RAJA LAUT, 50350 KUALA LUMPUR

Sebelum atau pada : 3 JANUARI 2007

E. CATATAN:
(i) Borang Permohonan yang tidak lengkap diisi akan ditolak.
(ii) Permohonan yang lewat diterima tidak akan dilayan.
(iii) Hanya calon-calon yang layak selepas ditapis sahaja akan dipanggil
temuduga.
(iv) Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas
6 (enam) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap
permohonan tuan/puan tidak berjaya.

Tarikh Iklan Disiarkan : 18 Disember 2006
Tarikh Tutup : 3 Januari 2007
Back to top Go down
http://mrsme69.fotopages.com
bapak
Otai Legend
Otai Legend
bapak


Male
Number of posts : 562
Age : 37
Localisation : Gombak ( Greenwood Parking )
Registration date : 2006-10-10

JAWATAN KOSONG DI DBKL Empty
PostSubject: Re: JAWATAN KOSONG DI DBKL   JAWATAN KOSONG DI DBKL Icon_minitimeThu Dec 21, 2006 8:47 am

thanks
Back to top Go down
azira_31 (legend)
Super Legend
Super Legend
azira_31 (legend)


Female
Number of posts : 1502
Age : 38
Localisation : Damansara
Registration date : 2006-11-24

JAWATAN KOSONG DI DBKL Empty
PostSubject: Re: JAWATAN KOSONG DI DBKL   JAWATAN KOSONG DI DBKL Icon_minitimeFri Jan 26, 2007 8:21 am

waduh2 lenguh leher ni dongak2 m'mbace jawatan kosong ni..
apae2 pon thank's erk..??
laen kli guna jln pintas la wat iklan 2..
skit leher gue ni..??

ayoooooo pa ayooooooo ma..
kavervelek!!!
Back to top Go down
Sponsored content





JAWATAN KOSONG DI DBKL Empty
PostSubject: Re: JAWATAN KOSONG DI DBKL   JAWATAN KOSONG DI DBKL Icon_minitime

Back to top Go down
 
JAWATAN KOSONG DI DBKL
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» LATEST:JAWATAN KOSONG DI DBKL
» Jawatan Kosong
» Jawatan Kosong
» JAWATAN KOSONG
» Jawatan Kosong

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Legend Club :: Trash-
Jump to: