| Mutiara Cinta | |
|
+4Sepet Nurul azira_31 (legend) babyAdeline[Legend] 8 posters |
|
Author | Message |
---|
babyAdeline[Legend] Moderator
Number of posts : 1135 Age : 38 Localisation : BANDAR BARU SENTUL Registration date : 2006-10-10
| Subject: Mutiara Cinta Thu Nov 16, 2006 5:15 am | |
| Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang Dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta... | |
|
| |
babyAdeline[Legend] Moderator
Number of posts : 1135 Age : 38 Localisation : BANDAR BARU SENTUL Registration date : 2006-10-10
| Subject: Re: Mutiara Cinta Thu Nov 16, 2006 5:16 am | |
| Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu cuba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama. | |
|
| |
babyAdeline[Legend] Moderator
Number of posts : 1135 Age : 38 Localisation : BANDAR BARU SENTUL Registration date : 2006-10-10
| Subject: Re: Mutiara Cinta Fri Nov 17, 2006 6:07 pm | |
| Satu hari CINTA & KAWAN berjalan dalam kampung... Tiba-tiba CINTA terjatuh dalam telaga... Kenapa?? Kerana CINTA itu buta..
Lalu KAWAN pun ikut terjun dalam telaga... Kenapa?? Kerana... KAWAN akan buat apa sahaja demi CINTA!! Di dalam telaga CINTA hilang... Kenapa?? Kerana...
CINTA itu halus, mudah hilang kalau tak dijaga, sukar dicari apatah lagi dalam telaga yang gelap... Sedangkan KAWAN masih lagi tercari-cari dimana CINTA & terus menunggu.. Kenapa?? Kerana...KAWAN itu sejati & akan kekal sebagai KAWAN yang setia...kan?? so, hargai lah KAWAN kita selagi kita terasa dia bererti... | |
|
| |
babyAdeline[Legend] Moderator
Number of posts : 1135 Age : 38 Localisation : BANDAR BARU SENTUL Registration date : 2006-10-10
| Subject: Re: Mutiara Cinta Wed Nov 22, 2006 3:41 am | |
| ...Kepada yang masih SINGLE...
Cinta ibarat kupu-kupu. Makin kau kejar, makin ia menghindar. Tapi, bila kaubiarkan ia terbang, ia akan menghampirimu di saat kau tak menduga. Cinta mampu membahagiakanmu tapi sering pula ia menyakiti, Tapi cinta itu hanya istimewa apabila kau berikan cinta kepada seseorang yang layak menerima. Kepada yang ragu-ragu dengan PERNIKAHAN.. . Cinta bukannya mencari seseorang yang "SEMPURNA", tetapi menemukan seseorang yang mampu menjadikan dirimu sempurna. | |
|
| |
babyAdeline[Legend] Moderator
Number of posts : 1135 Age : 38 Localisation : BANDAR BARU SENTUL Registration date : 2006-10-10
| Subject: Re: Mutiara Cinta Wed Nov 22, 2006 3:41 am | |
| ...Kepada PLAYBOY / PLAYGIRL...
Jangan katakan "AKU CINTA PADAMU!" bila kau tidak benar-benar peduli. Jangan bicarakan soal perasaan bila itu tidak benar-benar ada. Jangan kau sentuh hidup seseorang bila kau hanya berniat main-main dengannya. Jangan menatap ke dalam mata seseorang bila apa yang kau lakukan hanya pembohongan. Hal paling kejam yg dilakukan ialah membuat seseorang jatuh cinta, sedangkan kau tdk berniat langsung "UNTUK MENERIMANYA" saat ia terjatuh. | |
|
| |
babyAdeline[Legend] Moderator
Number of posts : 1135 Age : 38 Localisation : BANDAR BARU SENTUL Registration date : 2006-10-10
| Subject: Re: Mutiara Cinta Wed Nov 22, 2006 3:42 am | |
| ...Kepada yang PATAH HATI...
Sakit... luka…hancur.. patah hati... bertahan selama kau menginginkannya dan akan menghiris luka sedalam kau membiarkannya. Persoalannya, bukan bagaimana mengatasi rasa sakit itu, tetapi adalah apa yang boleh diambil dan di hayati sebagai pengajaran dan hikmahnya. | |
|
| |
babyAdeline[Legend] Moderator
Number of posts : 1135 Age : 38 Localisation : BANDAR BARU SENTUL Registration date : 2006-10-10
| Subject: Re: Mutiara Cinta Wed Nov 22, 2006 3:43 am | |
| ...Kepada yang BELUM PERNAH JATUH CINTA...
Bagaimana kalau jatuh cinta? Mahu jatuh, jatuhlah! Tetapi, jangan sampai terjerumus. Biar selamba tapi stabil. Berkongsilah tetapi jangan tak adil. Cubalah untuk memahami tetapi bukan bermakna tidak boleh meminta apa2. Bersedialah untuk terluka dan menderita, tetapi jangan simpan semua rasa sakit jika itu yang benar2 dialami. | |
|
| |
babyAdeline[Legend] Moderator
Number of posts : 1135 Age : 38 Localisation : BANDAR BARU SENTUL Registration date : 2006-10-10
| Subject: Re: Mutiara Cinta Wed Nov 22, 2006 3:44 am | |
| ...Kepada yang ingin MENGUASAI...
Hatimu patah melihat orang yang kau cintai berbahagia dgn org lain, tetapi akan lebih sakit lagi apabila mengetahui bahawa orang yang kau cintai ternyata tidak bahagia dengan mu. | |
|
| |
babyAdeline[Legend] Moderator
Number of posts : 1135 Age : 38 Localisation : BANDAR BARU SENTUL Registration date : 2006-10-10
| Subject: Re: Mutiara Cinta Wed Nov 22, 2006 3:45 am | |
| ...Kepada yang takut MENGAKUI...
Cinta menyakitkan bila anda putuskan hubungan dengan seseorang. Tetapi, lebih sakit lagi bila seseorang memutuskan hubungan dengan mu. Tetapi, cinta paling menyakitkan apabila Orang yang kau cintai langsung tidak mengetahui perasaanmu terhadapnya. | |
|
| |
babyAdeline[Legend] Moderator
Number of posts : 1135 Age : 38 Localisation : BANDAR BARU SENTUL Registration date : 2006-10-10
| Subject: Re: Mutiara Cinta Wed Nov 22, 2006 3:46 am | |
| ...Kepada yang masih bertahan MENCINTAI SESEORANG YANG TELAH PERGI...
Hal menyedihkan dalam hidup ialah bila kau bertemu seseorang lalu jatuh cinta. Kemudian akhirnya menyedari bahawa dia bukanlah jodohmu dan kau telah mensia-siakan masa bertahun-tahun untuk seseorang yang tidak layak. Kalau sekarang dia sudah tidak layak, 10 tahun dari sekarang pun dia tetap tak akan layak. Biarkan dia pergi dan lupakan.. | |
|
| |
azira_31 (legend) Super Legend
Number of posts : 1502 Age : 38 Localisation : Damansara Registration date : 2006-11-24
| Subject: Re: Mutiara Cinta Fri Nov 24, 2006 10:26 pm | |
| Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.
Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.
Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis/lelaki, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah serta seekor kumbang yang hinggap diatas sekutum bunga yang sedang mekar harumannya.Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.
Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.
Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi.
Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi kiranya kamu benar menyintainya setulus hati.
Rasa percintaan lebih pahit dari hempedu .Teman percintaan ialah sayu dan pilu, namun demikian, dara dan teruna tetap berpusu-pusu terjerumus ke dalamnya kerana dianggap seperti lautan madu - Raja Pedang Deir
Hati-hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta palsu.
Berkemungkinan apa yang kamu sayangi atau cintai tersimpan keburukan di dalamnya dan berkemungkinan apa yang kamu benci tersimpan kebaikan di dalamnya.
Cinta kepada harta ertinya bakhil, cinta kepada perempuan ertinya alam. Cinta kepada diri ertinya bijaksana, cinta kepada mati ertinya hidup dan cinta kepada Tuhan ertinya Takwa.
Lemparkan seorang yang bahagia dalam bercinta ke dalam laut, pasti ia akan membawa seekor ikan. Lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang roti, pasti ia akan mati kelaparan.
Seandainya kamu dapat berbicara dalam semua bahasa manusia dan alam , tetapi tidak mempunyai perasaan cinta dan kasih, dirimu tak ubah seperti gong yang bergaung atau sekadar canang yang gemerincing.
Cinta adalah keabadian...dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dialami
Siapapun pandai menghayati cinta tapi tiada siapa yg pandai menilai cinta kerana cinta bukan objek yg boleh di lihat oleh mata kasar. Sebaliknya cinta hanya dapat ditilik melalui hati dan perasaan.
Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dasyatnya cinta !
Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya.
Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya
Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.
Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.
Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir.
Cinta sesuatu yg mengasyikkan,ia boleh membuat kita hilang kewarasan fikiran. Cinta juga sebenarnya indah jika pandai menghayatinya. Sebaliknya cinta boleh jadi racun jika tersalah tempat. Apa pun cinta itu buta.
Anyamlah buih-buih di laut demi membuktikan cinta yang suci tanpa menodai keaslian pantai itu.
Cinta sebenarnya tidak buta. Cinta adalah sesuatu yang murni, luhur dan diperlukan. Apa yang buta ialah bila cinta itu menguasai dirimu tanpa pertimbangan.
Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu.
Cinta bukanlah dari kata-kata tetapi dari segumpal keinginan diberi pada hati yang memerlukan. Tangisan juga bukanlah pengubat cinta kerana ia tidak mengerti perjalananan hati naluri.
Kejarlah cita-cita sebelum cinta, apabila tercapainya cita-cita maka dengan sendirinya cinta itu akan hadir
Cinta seringkali akan lari bila kita mencari, tetapi cinta jua seringkali dibiarkan pergi bila ia menghampiri
Bercintalah dengan pelajaran, bertunanglah dengan mengulangkaji, berkahwinlah dengan peperiksaan dan berbulan madulah dengan kejayaan.
Cinta pertama adalah kenangan. Cinta kedua menjadi pengajaran. Dan cinta yang seterusnya adalah satu keperluan kerana hidup tanpa cinta bagaikan masakan tanpa garam. Lantaran itu bajailah cinta yang dianugerahkan itu sebaik-baiknya. Agar ia terus mekar dan wangi sepanjang musim.
Kecewa bercinta bukan bermakna dunia sudah berakhir.Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan. Kamu tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu sampai kamu melupakan kegagalan kamu dan rasa kekecewaan itu.
Hanya diperlukan waktu seminit untuk menafsir seseorang, sejam untuk menyukai seseorang dan sehari untuk mencintai seseorang, tetapi diperlukan waktu seumur hidup untuk melupakan seseorang.
Cinta itu apabila kamu bertemu dan membuat pilihan yang tepat
Cinta kurniaan Ilahi mengapa mesti dibenci? Yang harus dibenci dan dihindari ialah kepalsuan, bukan cinta.
Hidup tanpa cinta seperti makanan tanpa garam. Oleh itu, kejarlah cinta seperti kau mengejar masa, dan apabila kau sudah mendapat cinta itu, jagailah ia seperti kau menjaga dirimu, sesungguhnya cinta itu kurniaan Tuhan Yang Maha Agung.
"Aku mencintaimu", sukarkah untuk dilafazkan?
Sesuatu percintaan yang terjalin di antara dua insan itu tiada ada kemesraan atau kemanisannya sekiranya sentiasa membayangi akan kemusnahan, kekecewaan dan kehancuran.
Cintailah orang yang engkau kasihi itu sekadarnya belaka, barangkali dia akan menjadi orang yang kau benci pada suatu hari kelak. Juga bencilah terhadap orang yang kau benci itu sekadarnya belaka barangkali dia akan menjadi orang yang engkau kasihi pada suatu hari nanti.
Menerima cinta dari seseorang secara terburu-buru tanpa usul periksa latar belakangnya akan merugikan kerana cendawan yang tumbuh melata jika terus dimakan dikhuatiri beracun.
Usah diratapi perpisahan dan kegagalan bercinta kerana hakikatnya jodoh itu bukan ditangan manusia. Atas kasih sayang Tuhan kau dan dia bertemu dan atas limpahan kasihNya jua kau dan dia dipisahkan bersama hikmah yg tersembunyi. Pernahkah kau terfikir kebesaranNya itu???
Cinta itu tidak menjanjikan sebuah rumahtangga aman damai, tetapi penerimaan dan tanggungjawab adalah asas utama kebahagiaan rumahtangga. Cinta hanya sebuah keindahan perasaan. Cinta akan bertukar menjadi tanggungjawab apabila terbinanya sebuah rumahtangga.
Janganlah mengigil kedinginan kerana hilangnya cinta .Tetapi mengigillah dengan kedinginan kerana tiada lagi ada rasa.
Memberikan seluruh cintamu kepada seseorang bukanlah jaminan dia akan membalas cintamu. Jangan mengharapkan balasan cinta, tunggulah sampai cinta berkembang di hatinya, tetapi jika tidak, berbahagialah kerana cinta tumbuh di hatimu.
Berkasih sayang adalah suatu akhlak yang mulia. Oleh itu semai dan bajailah rasa kasih sayang dan cinta terhadap sesama insan, lebih-lebih lagi kepada Allah SWT kerana Allah terlalu kasihkan hambaNya lebih daripada seorang ibu mengasihi anaknya.
Cinta ia tetap hadir,ia datang bukan dengan nafsu atau keinginan tetapi kepasrahan tentang yang mutlak, itulah cinta terulung.
Cinta bukanlah dari kata-kata tetapi dari segumpal keinginan diberi pada hati yang memerlukan.
Usah gembira pada kelahiran cinta pertama. Jua usahlah menangis di awal kegagalan kerana kekeliruan seimbang pertemuan dan perpisahan. Kebahagiaan tidak semestinya kekal abadi.
Pergaulan di antara lelaki dan perempuan pada hari ini diibaratkan seperti minyak dengan api, apabila tersentuh maka maraklah ia.
Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita -cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita dan sebelum mengenal cinta, kenallah dahulu cita-cita.
Cinta yang terselit pendustaan ibarat kehidupan yang bercampur gaul dengan penghinaan.
Cinta adalah jika kamu kehilangan rasa, ghairah, romantika dan masih tetap menghargainya... | |
|
| |
babyAdeline[Legend] Moderator
Number of posts : 1135 Age : 38 Localisation : BANDAR BARU SENTUL Registration date : 2006-10-10
| Subject: Re: Mutiara Cinta Tue Nov 28, 2006 5:44 am | |
| Adakalanya kita perlu menangis, supaya kita tahu bahawa hidup ini bukan sekadar untuk ketawa dan adakalanya kita perlu ketawa supaya kita dapat menilai betapa mahalnya harga setitis air mata....... Adakalanya hidup ini terumbang-ambing dilanda badai..
Dikhianati... ditipu dan dipersendakan...
kita mencari-cari kenapa kita diuji..
dimana silapnya kita..
namun akhirnya, kita hanya menyalahkan takdir..
namun Dia..
Dia tahu apa yang Dia lakukan..
mungkin apa yang diuji ada hikmahnya...
mungkin apa yang dilalui itu akan membawa kita kepada suatu yang lebih istimewa...
menangislah...
tangisan adalah pelembut hati...
penguat jiwa.... May Allah be with us. | |
|
| |
Nurul Legend Crew
Number of posts : 365 Age : 37 Registration date : 2006-11-13
| Subject: Re: Mutiara Cinta Thu Nov 30, 2006 11:28 pm | |
| ermmm..saya x percaya pada cintaaaa .. tp percaya pada hati..yay !!! | |
|
| |
Sepet Administrator
Number of posts : 1098 Age : 39 Registration date : 2006-10-09
| Subject: Re: Mutiara Cinta Fri Dec 01, 2006 1:33 am | |
| saya pon sependapat dengan nurul.. (eh dinda.. tak sangka kita bersependapat)
sebab cinta nie bersifat sementara! | |
|
| |
Nurul Legend Crew
Number of posts : 365 Age : 37 Registration date : 2006-11-13
| Subject: Re: Mutiara Cinta Fri Dec 01, 2006 2:40 am | |
| | |
|
| |
babyAdeline[Legend] Moderator
Number of posts : 1135 Age : 38 Localisation : BANDAR BARU SENTUL Registration date : 2006-10-10
| Subject: Re: Mutiara Cinta Fri Dec 01, 2006 6:23 am | |
| ops!!bg me cunta kosong... | |
|
| |
aimi_estima Legend Crew
Number of posts : 224 Age : 39 Localisation : batu pahat,johor Registration date : 2006-11-13
| Subject: Re: Mutiara Cinta Sun Dec 03, 2006 8:13 pm | |
| cinta yey,, xtau knape sampai bleh buat org len GILA,, heran btol laa,,
kalau sampai ke akhir hayat alhamdulillah,, | |
|
| |
Sepet Administrator
Number of posts : 1098 Age : 39 Registration date : 2006-10-09
| Subject: Re: Mutiara Cinta Sun Dec 03, 2006 8:20 pm | |
| sebab ape leh jadik sampai gile..
sebab mereka telah menjadi hamba kepada cinta..
kalau kita menjadi hamba cinta Allah tak pe laa..
gile pon dapat masuk syurga..
kan.. kannn??!! | |
|
| |
azira_31 (legend) Super Legend
Number of posts : 1502 Age : 38 Localisation : Damansara Registration date : 2006-11-24
| Subject: Pandainyer Atok?? Tue Dec 05, 2006 6:43 am | |
| | |
|
| |
bapak Otai Legend
Number of posts : 562 Age : 38 Localisation : Gombak ( Greenwood Parking ) Registration date : 2006-10-10
| Subject: Re: Mutiara Cinta Sat Dec 09, 2006 6:51 am | |
| syurga boleh di sebut... tapi bukan mudah utk kita nikmatinya dengan sewenang-wenang nya... | |
|
| |
Nurul Legend Crew
Number of posts : 365 Age : 37 Registration date : 2006-11-13
| Subject: Re: Mutiara Cinta Fri Dec 15, 2006 3:23 am | |
| tul tu bapak..anak setuju | |
|
| |
bapak Otai Legend
Number of posts : 562 Age : 38 Localisation : Gombak ( Greenwood Parking ) Registration date : 2006-10-10
| Subject: Re: Mutiara Cinta Fri Dec 15, 2006 8:13 am | |
| | |
|
| |
Nurul Legend Crew
Number of posts : 365 Age : 37 Registration date : 2006-11-13
| Subject: Re: Mutiara Cinta Sun Dec 17, 2006 8:30 pm | |
| ur most welcome | |
|
| |
fYnaz_cUte Otai Legend
Number of posts : 820 Registration date : 2006-11-14
| Subject: Re: Mutiara Cinta Mon Dec 18, 2006 2:35 am | |
| setuju dengan semuaa... | |
|
| |
Hate Moderator
Number of posts : 1182 Age : 39 Localisation : Key L Registration date : 2006-10-16
| Subject: Re: Mutiara Cinta Wed Dec 20, 2006 1:52 am | |
| pening palo abe baco.. abe dok pehe spatoh hare pong.. http://www.myspace.com/abnakal | |
|
| |
Sponsored content
| Subject: Re: Mutiara Cinta | |
| |
|
| |
| Mutiara Cinta | |
|