Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal
kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.
Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.
"Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut.
"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita
ini,
bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya. Pada hari yang pertama
sahaja,
pemuda itu telah memaku sebanyak 30 batang paku pada tembok batu
tersebut.
Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan
kemarahannya,jumlah
paku yang digunakan juga berkurangan.Dia mendapati, adalah lebih mudah
mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut.
Akhirnya tibalah pada suatu hari,dimana
pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.Dia pun memberitahu
ayahnya
mengenai perkara tersebut dengan gembira.
Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu
satu
persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.
Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku
tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada
bapanya
dengan bangganya.
Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau
telah
melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang
di
tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti
sebelumnya.
Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya
akan
meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini.
Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi
ingatlah,tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas
perbuatam
mu,namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari
luka
fizikal.
Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa
dan
menggalakan mu ke arah kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar,
berkongsi suka dan duka dan
sentiasa membuka hatinya kepada kita.
"Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di
dinding hati anda."-