Tarikh Iklan : 22 Disember 2006
Tarikh Tutup Sebelum atau Pada : 8 Januari 2007
[ sila klik di sini untuk melihat iklan dan keterangan lanjut ]
A. Permohonan untuk jawatan dalam perkhidmatan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Permohonan adalah dipelawa daripada WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan bagi memohon jawatan berikut :
[ Sila klik nama jawatan bagi muat turun borang permohonan ]
1. PEGAWAI PERUBATAN (DOKTOR) GRED U41 (TETAP)
2. JURUTERA MEKANIKAL GRED J41 (KONTRAK)
3. PEGAWAI BELIA DAN SUKAN GRED S41 (KONTRAK)
4. JURUUKUR BAHAN GRED J41 (KONTRAK)
5. JURUUKUR TANAH GRED J41 (KONTRAK)
6. PEGAWAI SISTEM MAKLUMAT GRED F41 (KONTRAK)
7. PEMBANTU TEKNIK (UKUR TANAH) GRED J29 (TETAP/KONTRAK)
8. PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA GRED J29 (KONTRAK)
9. AHLI MUZIK GRED B27 (KONTRAK) :
i. VIOLIN
ii. VIOLA
iii. CELLO
iv. DRUM
v. CONTRA BASS
vi. BASSOON
vii. OBOE
viii. FLUTE
ix. FRENCH HORN
x. ALTO
xi. TENOR
xii. BARITONE
xiii. TRUMPETS
xiv. TROMBONE
xv. KEYBOARD
xvi. ACCORDION
xvii. GAMBUS
10. JURUTEKNIK (UKUR TANAH) GRED J17 (TETAP/KONTRAK)
11. AHLI MUZIK (TRADISIONAL) GRED B17 (KONTRAK)
(Drum/Keyboard/Gendang/Seruling dan lain-lain alat muzik tradisional)
12. JURUSOLEK GRED B17 (KONTRAK)
13. PENGAWAL KESELAMATAN GRED KP11 (TETAP/KONTRAK)
14. PEMANDU KENDERAAN BERMOTOR GRED R3 (KONTRAK)
B. UMUR (PADA TARIKH TUTUP IKLAN)
(i) Calon-calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
C. CARA MEMOHON
(i) Permohonan jawatan kosong ini hendaklah menggunakan Borang DBKL(P)-J/1 yang boleh dimuat turun (download) dari portal internet sahaja dengan melayari http://www.dbkl.gov.my.
(ii) Borang permohonan yang telah lengkap diisi mestilah disertakan dengan salinan Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, Ijazah dan Transkrip Akademik, Diploma, Sijil-Sijil yang berkaitan, Sijil-Sijil Persekolahan yang telah disahkan dan sekeping gambar yang terbaru berukuran pasport serta sekeping setem 20 sen untuk kad jawapan terima permohonan.
D. ALAMAT PERMOHONAN DAN TARIKH TUTUP:
Permohonan hendaklah sampai kepada:-
PENGARAH
JABATAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
(BAHAGIAN PERJAWATAN DAN PENGAMBILAN)
DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR
TINGKAT 23, BANGUNAN DBKL
JALAN RAJA LAUT, 50350 KUALA LUMPUR
Sebelum atau pada : 8 JANUARI 2007 (HARI ISNIN)
* Permohonan mestilah disertakan dengan sekeping setem 20 sen untuk kad jawapan terima permohonan.
E. CATATAN:
(i) Borang Permohonan yang tidak lengkap diisi akan ditolak.
(ii) Permohonan yang lewat diterima tidak akan dilayan.
(iii) Hanya calon-calon yang layak selepas ditapis sahaja akan dipanggil temuduga.
(iv) Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 (enam) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan tuan/puan tidak berjaya.